KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya merampas sejumlah 1.86 juta batang rokok bernilai RM1.45 juta termasuk cukai dalam serbuan di Taman Wira Perdana di Gua Musang, pada 17 Sept lepas.
Pemangku Pengarahnya Koh Joo Khai berkata serbuan pada 4 petang itu dilakukan hasil maklumat dan intipan Pasukan Operasi Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu melalui Ops Mekong Dragon V dan Ops Irene V.
"Berdasarkan maklumat tersebut kita telah membuat serbuan dan menahan sebuah lori Nissan yang ditinggalkan di tepi jalan taman berkenaan.
"Hasil siasatan lanjut, kita temui sebanyak 1,860,000 batang rokok seludup dalam kenderaan tersebut yang dianggarkan bernilai RM204,600 dan anggaran cukai RM1,248,060," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di JKDM di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata JKDM percaya bekalan rokok seludup yang dirampas itu dalam perjalanan untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.
Beliau berkata modus operandi yang digunakan adalah dengan menyeludup masuk rokok-rokok tersebut dari negara jiran menggunakan pelbagai kenderaan penumpang termasuk lori atau van untuk disimpan sebelum diedarkan di pasaran tempatan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemilik lori yang telah dirampas itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang atau RM100,000 atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau keduanya sekali bagi kesalahan pertama.
Koh turut meminta orang ramai terus membantu JKDM dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah penyeludupan khususnya dadah, rokok,minuman keras dan mercun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Pemangku Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan Koh Joo Khai menunjukkan rampasan rokok pada sidang media di Wisma JKDM Padang Bongor, hari ini. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Kastam Kelantan rampas 1.86 juta batang rokok seludup di Gua Musang
Kastam Kelantan berjaya merampas sejumlah 1.86 juta batang rokok bernilai RM1.45 juta dalam serbuan di Gua Musang.